Tuesday, January 10, 2012

Pendaftaran ahli kelab seladang 2012


   Perak akan memulakan kempen musim baru Liga Super dengan melayani skuad dari pantai timur, Terengganu.

  Skuad Seladang pimpinan Norizan Bakar pasti akan berusaha lebih bagi memastikan juara Piala F.A. 2011 itu pulang dengan tangan kosong.

  Seperti biasa, Kiosk Kelab Seladang akan beroperasi bagi memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mendaftar sebagai Ahli Kelab, selain memperbaharui ahli 2011.

  Untuk makluman Kiosk Kelab Seladang akan dibuka pada hari selasa di perkarangan Stadium Perak,Ipoh sempena perlawanan Liga Super 2012 bermula jam 7:00 malam.

  Yuran bagi pendaftaran baru adalah RM12 (Biasa), RM6 (Remaja 18 tahun ke bawah) dan RM100 (Seumur Hidup).

  Yuran bagi Renew Keahlian 2011 pula hanya RM2.

  Ahli akan menikmati penjimatan RM2 setiap kali membeli tiket perlawanan Liga Super 2012 di Ipoh.

  Harga tiket teras terbuka:

RM12 (Bukan ahli)
RM10 (Ahli Kelab Seladang)

  Jadi, jangan lupa singgah di Kiosk Kelab Seladang di perkarangan Stadium Perak berhampiran Pintu B dan E. Jumpa disana!

Artikel asal di Kelab Seladang.
Foto dari kelab seladang.
Info dari pafanews.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.