Tuesday, January 10, 2012

Kera tunggang kambing untuk curi sayur



GUANGDONG- Seorang petani di China mengatakan bahawa tanamannya selalu dicuri oleh seekor kera yang menunggangi kambing ke kebunnya.

  Ye Shu yang berasal dari desa Donguan, Guangdong mengatakan, kedua haiwan tersebut ternyata milik tetangganya yang mengelola pertunjukkan sarkas.

  Dia mengakui bahawa kedua haiwan tersebut hampir setiap hari menyelinap ke kebunnya dan memakan sayuran serta membuat kerosakkan pada ladangnya.

  "Hal ini sudah terjadi hampir 2 minggu yang lepas.Sejak kelompok akrobatik tersebut berada disini," ujarnya ketika dilapor Orange, Isnin (9/1/12).

 Ye mengatakan kera pintar tersebut berdiri di punggung kambing dan memantau keadaan sekitar untuk melancarkan aksinya.

 "Jika kera itu melihat tidak ada orang yang bekerja di ladang,dia menunggangi kambing itu dan langsung menakan sayuran dan membuat kerosakan."

  Sementara juru cakap sarkas itu mengakui bahawa tiada yang mengawasi haiwan- haiwan tersebut setelah melakukan aksi mereka.

  "Kami akan memberi ganti rugi kepada Ye Shu, Kami meminta maaf atas kejadian ini," Ujar Wu Jun, pemimpin rombongan sarkas itu.

  Wu juga kini mula mengrekrut pekerja baru untuk menjag haiwan- haiwan tersebut agar tidak terlepas lagi.

sumber: www.borakkosong.com

2 comments:

  1. 2 la pasal...dh dilatih lama nie....nbak kata pepatah belakang parang klu lama2x diasah akan tajam jugak..hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.