Tuesday, January 17, 2012

Pandangan seseorang mengikut persepsi seseorang.

Allah s.w.t menjadikan seseorang itu sempurna dengan akalnya. Setiap manusia haruslah mengunakan akal yang waras untuk membuat penilaian. Bukan hanya dengar dan buat penilaian dari pandangan orang lain. Kerana kesahihan sesuatu berita itu belum pasti.

    Sesuai dengan turunnya mukjizat dari ALLAH s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w  iaitu "Iqra" (bacalah dengan nama tuhan kamu). Maka kita disuruh untuk membuat kaji selidik, penyelidikan, dan kajian untuk mengetahui kebenaran.

   Kini, kebanyakkan manusia terutama orang islam sendiri tidak berpegang teguh dengan ajaran dari Allah s.w.t itu sendiri. Lebih suka dihidangkan didepan mata dari membuat penyelidikan dan kajian untuk mengetahui kebenaran. Suka membuat keputusan berdasarkan semangat berkumpulan tanpa memikirkan risiko yang akan berlaku.

 Adakah ini Ummat islam yang akan menegakkan kebenaran? Kini Umat islam sejati sukar ditemui. Terutama di kalangan rakyat Malaysia. Jangan salahkan individu tertentu atau fahaman dan parti tertentu. Kerana semuanya terletak dalam diri kita sendiri. Insan yang bertakwa pasti akan berpegang teguh dengan kepercayaan dan apa yang dipelajari. Bukan dari apa yang di dengari diselidiki.

  Kini, banyak dikalangan kita sanggup menelan apa sahaja yang di ungkapkan oleh puak kita sendiri tanpa kita menyelidiki perkara sebenar. Perkara seumpama ini amat dikeji oleh Allah s.w.t. Walaupun kita ingin menegakkan kebenaran dan memberi pandangan kepada seseorang atau masyarakat, kita mestilah menerangkan sesuatu itu dengan jelas dan nyata tanpa berkias atau boleh memberi  dua maksud yang boleh disalah tafsir.

  Justeru segala pandangan yang diberikan tidak salah. Mungkin pandangan nya tidak tepat tetapi kita tidak harus menyalahkan seseorang itu dengan membabi buta. Kita harus mendengar dan menolak pandangan yang tidak sihat dengan berhikmah supaya orang yang memberi pandangan itu tidak berkecil hati, atau memusuhi kita. Mungkin lain kali orang itu akan memberi pandangan yang berguna untuk kemaslahatan kita bersama.^^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.