Sunday, May 6, 2012

cara mencari temqn hidup (1)


    kata luqman al-hakim kepada anaknya:

JIka ingin mencari teman,ujilah dia dengan membuatnya marah(dingin),jika dia tidak sabar dengan sikapmu...jauhilah dia


DOA- DOA CINTA (sinopsis)



       Razak~ Siapa yang tidak ingin dicintai dan dikasih?.Pelajar jurusan teknologi maklumat tahun kedua pengajian ini pernah dua kali gagal bercinta dan mengharapkan untuk kali yang ketiga ini akan kekal selamanya. Kehidupannya dijalani berubah sedikit demi sedikit dengan pengalaman yang di lalui olehnya. Hatinya kini makin tabah dengan dugaan dan permainan dunia.

       Atie~ Mampukah atie mencari seorang Imam yang sering didambanya? Siapakah Atie yang sebenarnya dipandangan kawan- kawannya? Apakah perasaan yang sebenarnya Atie pada Razak?

      Ana~ sahabat Razak yang dikenal melalui laman sosial Facebook. Seorang yang mempunyai pemilikan matang dan sering memberi nasihat untuk Razak. Kehadirannya mengurangkan kesunyiaan yang bersarang dihati Razak kini.

     Doa- doa cinta~ Mengisahkan Razak yang mengharapkan seorang insan yang mampu memahami, berkongsi suka duka dan menerima dirinya seadanya.

     Adakah pertemuannya dengan Atie akan berkekalan? Atau kenangan silam masih menghantuinya?

     Dia mengharapkan kasih yang dicurahkan untuk kali ketiga ini akan berkekalan untuk dia menjadi imam dalam alam rumah tangga.

     Kini isi hatinya sering diluahkan pada sahabatnya Ana untuk mengisi kesunyian hati.Adakah mereka hanya sekadar sahabat atau bibit cinta mengikat kasih yang tak terduga?Ikuti Doa- doa cinta yang sarat dengan kisah yang tidak dijangka.